Monday, 27 May 2013

Antara SAHABAT dan KAWAN

ASSALAMUALAIKUM AND GOOD MORNING AGAIN :)

ok mood tengah rajin ni jadi kita nak update entry baru banyak-banyak haha xD Okay just nak share some article that i been search before this. its all about FRIENDS. come and join me how nak bezakan antara SAHABAT dan KAWAN.

okay  kamu semua tahukan.. memang nak cari kawan untuk dibuat bual sangatlah senang tapi nak cari kawan yang betul-betul boleh dipercayai dan boleh berkongsi suka dan duka sangat susah dan kalau ada pon very limited tau. sampai sekarang kita cuma ada seorang je kawan yang betul2 ada time kita susah,sedih,senang dan macam-macam lagi.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim) 


selama kita hidup, kita dah jumpa pelbagai kawan tau. memang semuanya baik-baik belaka tetapi di setiap kebaikan akan timbul kejahatan walaupun sekecil zarah. dibawah ni adalah perbezaan antara sahabat,kawan,kenalan dan rakan. hope this will help you to find your truely friends.. 

Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.


Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

jika anda semua dah jumpa sahabat yang boleh dipercayai dan boleh disayangi. pleaseee take a good care of your friendship okay..jangan sampai terputus kawan hanya kerna perkara kecil kerana sahabat yang baik sangat susah nak jumpa. dan untuk dri sendiri pulak kita mestilah cuba menjadi seorang sahabat yang sejati dan saling memahami antara satu sama lain supaya persahabatan itu menjadi perkara yang paling manis dalam hidup :)

THANKS AND ASSALAMUALAIKUM :)

WHERE TO BUY BAWAL MURAH

Assalamualaikum and good morning :)

as a girl yang memang tak suka shopping out door, i more prefer shopping online cause it very easy and more cheaper than outdoor store because outdoor store need to pay all rent..kikiki inilah sebab utama kenapa sekarang makin malas keluar rumah and shopping dkt luar lagi.. sekarang rasa nak beli semua benda online je kikiki xD..sejak dua tiga bulan ni aku suka sangat pakai bawal. why? hihi because it very easy babe. you just need to iron it once and kalau dh malas sangat bolehlah pakai tudung tu sampai naik berulat fuhh itu dh malas tahap tak boleh nak dimaafkan dah tu hehe

okay bawal yang paling menjadi idaman hatiku adalah bawal berbrandkan KANGAROO.eceh tak payah nak berbrandkan sangat ya.. bawal kangaroo ni bawal plain yang lembut,senang bentuk dan ada lebih 80 kaler boleh pilih..fuhh memang bila tengok semua kaler rasa macam nak beli saje semua tu.. huhu ini semua nafsu semata ya. tapi disebabkan aku didik untuk tidak menjadi tamak haloba dan kawan kepada syaitoooon. setiap kali beli aku just beli 2/3 helai je..hihi jimat tak?? haha okay kita dh tersasar ni sebenarnya. kita cuma nak bagitahu tempat yang boleh anda-anda yg bergelar bawal lovers diluar sana beli bawal dengan harga yang sangat murah.hihi nak tahu tak dekat mana? tantaraaaaaa its ArdourByOIU.. yup murah rm5 per pc.. beli banyak lebih 20 pcs u will get rm4.50 per pcs.. how come boleh murah sangat macam ni pon kita tak tahulah.. dan ada satu lagi tau.. it daughter's collection on instagram only.. ha ni pon murah jugak tau..harga dia sangat menaikkan nafsu shopping kita tau.. kikiki emmm tarak gmbar sebab tudungnya tengah cuci,

p/s: sebelum shopping silalah check bank anda semua dulu ya hahaha xD
THANKS AND ASSALAMUALAIKUM :D

Tuesday, 9 April 2013

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA :)

                        Assalamualaikum :D

wow dah lama sangat aku tak updated blog ni..nilah jadinya kalau malas telah menguasai diri..nak kata busy sangat pon emmm takdenya..bila penyakit m telah membuak2 dalam diri ni dah memang tak boleh nak kata apa dah.. -_-'

okay new month new spirit..welcome april and please be nice for me ^_^.. hmm disebabkan ni entry pertama setelah berbulan2 aku tinggalkan.. heee kita nak share cerita baru yang wow very the boom wa cakap lu.. fuhh dahlah hero dia tersangatlah handsome.. and heroin dia pon vogue gitu..hehe uguys mesti tahukan cerita apa?? yup it 'SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA'.. uwahh serius handsome gila si izzue tu.. memang cair habislah aku.. hehehe nampak tak yang tujuan utama aku tengok cerita adalah hero dia huhuhu gatai2 ^_^

emm tapikan yang aku tahulah cerita tu sampai 13 episodes je :'( huaaaaa bencilah! cerita yang best keluarkan 13 episodes je.. cerita indon apa semua tu berjela2 episodes boleh pulak.. ini tidak adil-tidak adil bagiku..:'(  and kalau u guys nak tahu ceritanya agak berlainan dengan cerita sebenar dalam novel tu..kepada sesiapa yang dah baca tu mesti tahukan.. first episodes je dah lain..apa yang lainnya? huhu mestilah babnya dia tak amik semua untuk dikeluarkan di tv..dia cuma campur2kan bab tu menjadi satu cerita singkat..hmmm memanglah tak berapa nak best tapi takpelah daripada takdekan..

oleh sebab nak tahu sangat cerita ni macam mana..aku pon belilah novelnya..fuhh semata2 kau.habis rm30 aku melayang huhu tapi tak kesah pon sebab minat punya pasalkan.. eh kalau nak diikutkan baca novel lagi best dari tengok ceritanya tau..sebab apa? hehe tentulah sebab kita boleh bayangkan sendiri macam mana watak tu,apa yang orang tu dok buat,lagi2 part yang sweet2 tu huhu memang dah jadi orang tak siuman lah jawabnya tersengeh sorang2.. hehe siapa yang selalu baca novel mesti tahukan macam mana? and for the last part is bila dah habis baca nnti mesti aku akan cakap macam ni "oh how i wish that was me" haha minah kuat berangan memang macam ni ya xD

pic by fan page SSID facebook :)

ha tengok tu..aduhai cair beb..dengan kecomelan si izzue ni lagi..serius cerita ni sweet.. sesiapa yang belum tengok tu cuba2lah tengok.. SSID setiap hari jumaat tau dekat tv 3 pukul 9 malam..okaylah2 nanti u guys tengok sendiri ya ceritanya..and one more thing..dont stole my lovely izzue ya hahahaha ini semua poyooooo :D


okay till then,terima kasih sudi baca..byeeee :*