Saturday, 29 December 2012

Istimewa sebuah kitab yang dipanggil Al-Quran

Assalamualaikum semua, dah lama aku tak updated blog nikan? bukan sebab malas atau sesuatu yang berkenaan dengannya. aku sebenarnya busy dan takde masa. maklumlah cuti ikut ibu pergi sana, pergi situ pergi sini.hehe akukan budak bawah umur, ikut family jelah kerjanya.nak pergi sendiri macam angan-angan dalam mimpi jelah :)


okay uolls semua nampakkan tajuk kat atas tu. harini aku nak cerita sikit berkenaan Al-quran. masa aku dok membazirkan masa dekat depan laptop tanpa hala tuju. aku terbukaklah satu blog orang ni. aku pon dah lupa apa nama dia. dia ada buat giveaway AL-QURAN PELANGI. what? Al-Quran Pelangi? ya sayangku semua. kalau korang semua nak tahu dekat negara kita ni ada keluarkan Al-quran pelangi yang sangat memikat hati. lepas je aku tengok Al-Quran tu, aku terus jatuh tergolek2 dekat Al-quran tu. serius lawa sangat-sangat.






see? sangat-sangatlah cantik. thumbs up! sejak pertama kali aku melihatmu, aku sudah jatuh cinta terhadapmu. hehe jiwang tak? okay kalaulah korang semua nak tahu Al-Quran ni baru je tau berada di Malaysia. sebelum ni tak ada pon. cuma ada di Indonesia sahaja. Al-quran ni mengandungi warna yang berbeza setiap juzuk. sangat menawan hati. Al-quran ni mengikut Resam Uthmani. pandai sungguh orang yang mendesignnya,dengan harapan para muslimin diluar sana lebih menyayangi Al-quran daripada yang lain.



selain daripada Al-quran pelangi diatas. kita jugak mempunyai Al-Quran yang khas untuk wanita tau.tengok gambar dulu eh nanti saya (ehgunasayapulak) akan terangkan mengenai isi-isi kandungannya :)




ini Al-Quran Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita tapi tiada tajwid


bahagian dalam Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita


ini pula Al-Quran edisi baru Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita pelangi berserta Tajwid.



nampak tak bahagian dalam dia? berwarna-warnikan?


                                                                                

AL-QURAN WANITA UMMAHATUL MUKMININ

AL-QURAN WANITA UMMAHATUL MUKMININ




okay sekarang aku nak terangkan pulak isi kandungan AL-QURAN EDISI WANITA MUSHAF AL BURHAN. cover Al-Quran ni disaluti Baldu oleh sebab itu ianya sangatlah lembut. warna pon ada macam2 tau. ada warna pink,purple, turqoise dan merah. nak tahu apa ada didalamnya? meh baca 


Dimuatkan dengan 13 keunggulan :

1. 744 halaman berwarna dengan frame bunga
2. Al-Quran dan terjemah 30 Juz lengkap3. Al-Quran quantum wanita
4. 20 Sejarah wanita dalam al-Quran
5. Gelar wanita dalam Islam
6. Agenda Muslimah khatam al-quran
7. Carta mengenai ibadah rawatib wanita
8. Carta mengenai ibadah Nawafil Wanita
9. Wanita yg Haram dinikahi
10. Ensiklopedi ayat-ayat wanita
11. Tips tampil cantik sesuai sunnah
12. 40 Hadits tentang wanita
13. Fiqih ibadah wanita


Terdapat Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasan sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, Summayah, Ummu Kulthum, Siti Hajar r.a. dan ramai lagi..


Bestkan? memang dicipta khas untuk wanita tau. perlbagai cerita yang menarik disertakan didalam Al-quran ini yang memang khas untuk wanita.okay sekarang aku nak cerita pasal Al-Quran kedua pulak. MUSHAF AL-BURHAN EDISI WANITA BERSERT TAJWID.sebenarnya dalam dia sama je cuma dia tambah sikit2 sebab nikan edisi baru jadi untuk memudahkan para pembacanya si pendesign tu pon menyertakan tajwid dan yang istimewanya ianya berwarna-warni. Al-Quran ni pon ada macam-macam warna tau, ada warna pink,purple,turqoise,hijau dan meroon. dia punya cover pon baldu sama macam yang atas tadi.


 



dimuatkan dengan  15 keunggulan:


1. Al Quran dan terjemah 30 Juz lengkap
2. Perbedaan warna kertas setiap Juz
3. Al Quran quantum wanita
4. Tajwid 8 warna
5. Fiqih wanita
6. 20 Sejarah wanita dalam Al Quran

7. Gelar wanita dalam Islam
8. Agenda Muslimah khatam Al quran
9. Wanita yg Haram dinikahi
10. Table ibadah rawatib wanita
11. Table Ibadah Nawafil Wanita
12. Ensiklopedi ayat-ayat wanita
13. Tips tampil cantik sesuai sunnah
14. 40 Hadits tentang wanita
15. Fiqih ibadah wanita (Shalat, Shaum, Haji, Hamil, Waris)




okay sekarang aku nak terangkan mengenai AL-QURAN UMMAHATUL MUKMININ. Al-quran ni pon khas untuk wanita tau. meh baca keistimewaan Al-Quran ni. Al-Quran ni cover dia lain sikit,atas Baldu bawah pulak kaft+ renda.


Dengan 13 keunggulan 



1. 744 halaman berwarna berserta frame bunga
2. Al-Quran dan terjemah 30 Juz lengkap
3. Al-Quran quantum wanita
4. 20 Sejarah wanita dalam al-Quran
5. Gelar wanita dalam Islam
6. Agenda Muslimah khatam al-quran
7. Tabel ibadah rawatib wanita
8. Tabel Ibadah Nawafil Wanita
9. Wanita yg Haram dinikahi
10. Ensiklopedi ayat-ayat wanita
11. Tips tampil cantik sesuai sunnah
12. 40 Hadits tentang wanita
13. Fiqih ibadah wanita






Jadi bagi wanita2 diluar sana .sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang dirimu. Belilah Al-quran ni. selain anda2 diluar sana membaca apa yang  disampaikan didalamnya secara tidak langsung anda juga dapat menambahkan pahala yang boleh dibawa ke akhirat kelak. jadi jangan mempersiakannya ye selagi ada waktu ni.hehe




okay kalau perempuan ada Al-Quran sendiri yang menceritakan tentang diri mereka kenapa lelaki pulak tak ada kan? Sebenarnya Al-quran edisi lelaki pun ada tau. inilah rupa Al-quran edisi lelaki.


inilah Al-Quran pelangi khas untuk lelaki


Bahagian dalam Al-Quran pelangi khas edisi lelaki


okay meh nak cerita apa  yang ada dalam Al-quran ni. Memang best dan sangat afdal untuk para lelaki diluar sana membelinya supaya anda2 semua mengetahui tentang diri anda dengan lebih lagi.ianya didatangi dengan warna hijau,turqoise,purple dan biru pekat.



AL-QURAN PELANGI KHAS UNTUK LELAKI DALAM MENINGKATKAN KUALITI DIRI 
Dimuatkan dengan:

1. Al-Quran Lengkap 30 Juzuk.
2. Menggunakan Rasm Uthmani.
3. Kertas QPP, 656 Hal (Full colour)
4. Kertas yang berwarna warni seperti pelangi tetapi tidak menyulitkan proses membacanya.
5. Menggunakan tajwid sistem warna.
6. Hadits-hadits tentang meningkatkan kualiti diri/kepahlawanan.
7. Membahaskan 10 ciri pahlawan sejati/peribadi unggul.
8. Membahaskan kisah 10 contoh pribadi unggul dalam sejarah.
9. Membahaskan 10 naluri peradaban dalam al-Quran dan Sunnah.
10. Terjemahan Kementerian Agama RI
11. Design Cover yang indah dan bahan baldu yang berkualiti.



Dengan adanya Al-quran-Al-quran seperti ini, ianya lebih memudahkan kitakan? sebab Al-quran2 ni dia membahagikan mengikut jantina. rugi tau sebenarnya kalau kita tak ada. kenapa kita boleh beli baju2 mahal sedangkan Al-quran yang tidak mencecah lebih Rm150 ni pon kita tak beli. dahlah murah manfaatnya sangat2 lah berganda daripada harganya. Dan yang pasti jika kita membacanya selalu dan menjadikan ia pedoman kita insyaallah di akhirat kelak AL-QURAN sendiri yang akan membantu dan memimpin kita ke syurga ALLAH. 



Wednesday, 19 December 2012

Tune Talk is gooddddd

Assalamualaikum

apa khabar semua? harap-harap anda semua sehat sejahtera dan hidup anda diberkati yang Maha Esa.okay harini aku nak kongsi sikit untuk korang semua pasal TUNE TALK. tadi pagi dalam pukul 11 aku dapat satu bungkusan dari poslaju. lepas dibelek2 ditilik2 aku pon dapat mengesan dari mana datangnya bungkusan ni.rupanya daripada en Tune Talk kita. dengan muka penuh excited aku bukaklah sampul tu. akhirnya dapat jugak sim card yang aku register online dekat  tune talk (mehlah cuba,tak rugi pon) TT ni best tau. nak tahu apa yang best? bacalah sampai habis. heee

ni je yang ada dalam sampul tu

apa yang Tune Talk buat sampai best sngat tu? hmm dia tak buat apa-apa pon cuma dia ada buat promotion FREE SIM PACK kepada sesiapa sahaja yang berumur 12 tahun keatas.baca lagi sekali FREE ye anak-anak. kalau sesiapa yang rasa nak beli sim baru tapi tak tahu nak beli yang mana.meh sini,i nak promote sikit pasal tune talk ni. apa yang best pasal tune talk ni kan dia punya domestic rates keseluruh network only 5sen per sms and 16sen per minute,25sen per mms and 5sen per mb.got it?? murahkan jika dibandingkan dengan network lain.diorang memang akan murah kalau kita sms sesama network tapi mahal nak mam***  jika kita sms ke network lain.perasankan? aku memang suka tukar-tukar number phone jadi memang aku selalu perasan benda ni.aku ni jenis pantang number tu cari pasal dgn aku memang confirm kena baling masuk tong sampah. hahaha nak tahu apakah 'pasal' yang simcard aku sebelum ni dah buat? ha kalau korang nak tahu si ex simcard aku tu dia asyik amik je kredit yang aku.setiap kali aku topup mesti dia amik sampai licin baki dalam phone tu. aku pon apalagi nangis macam orang baru mati lakilah jawabnya.sampai adik sedara aku pon pelik je tengok aku dia siap kata lagi 'ekeleh kakina kredit kena amik je kot'.huaaa aku pon apa lagi makin kuat aku nangis.hehehe stress gila wa cakap lu.


mari sambung balik kawan-kawan,hmmapa lagi yang special?? ha ni yang nak cerita ni. kalau korang nak tahu, jikalau (bahasa sungguh baku) korang topup tak kiralah rm3 ke rm5 berapa2 jelah korang akan dapat points tau. nak buat apa dengan point tu? tenterengggg jawapannya korang boleh exchange points korang tu menjadi tiket kapal terbang.haa hebat tak? kalau lagi banyak point yang korang kumpul lagi jauhlah korang boleh pergi. pandai ko niaga eh TT mentang2 ada kena mengena dengan airasia terus bagi offer gila best macam ni.hehe good job TT u make me proud :) eh jap2 belum habis lagi, selain daripada tukan dia pon ada bagi insuran bernilai rm100,000 jikalau (baku lagi) korang ditimpa kemalangan. haa hebat tak? hebat tak? hebat gila kan. dahlah dpt naik kapal terbang pastu dpt insuran pulak tu.huaaa sungguh menakjubkan *sobsob jadi kalau korang rasa nak sangat naik kapal terbang tapi duit tak pernah cukup.apa kata korang apply sim pack ni. tak payah susah2 nak beli tiket flight yang boleh tahan mahal tu. 


p/s: for more detail silalah visit en TT kita di sini en TT (eh macam iklan dalam tvlah)hehe  kalau korang perasan kn dari mula lagi aku asyik mempromote barang je.huahuahua dah besar nnti bolehlah aku apply kerja yang ada kena mengena dengan promotion ni.haha SELAMAT MENCUBA guys :*

Im Fall In Love with RUNNING MAN

Assalamualaikum guys

Harini aku terasa macam tahap kerajinan aku agak berlebihan sampai melimpah-limpah terkeluar dari badan.hamboi mu tak usah berhaiperbola sangatlah elina oii over bebenor tu gamaknya kikiki  emm dengan berbekalkan kerajinan aku nilah aku terbuat banyak pulak entry malam ni. jadi takdelah aku biarkan kosong je belog capuk aku ni.dan korang yang baca ni takdelah kata dalam hati "eh entry yang sama lagi.uwahh bosannya minah ni" hmm tak mo eh kata gitu. kecik besar kecik besar je hati eden ni nanti.


dah2 toksah bercot cet ye elina,meh kembalikan tumpuan anda kepada matlamat yang sebenar iaitu berkenaan dengan RUNNING MAN. ha? apakah? Lelaki Berlari? toksah melipat-lipatkan dahi anda sambil memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan running man ni.meh sini aku terangkan ye.emm yang dah tahu tu nak baca sekali pon boleh. no hallah bro :)





kalau uolls nak tahu,cerita ni akan bersiaran di channel 393 (hanya yang ada astro byond je ye)setiap hari JUMAAT pada pukul 11.50 malam kalau tak silap akulah kalau salah sorrylah ye. sebenarnyakan,dia punya episod terlalulah banyak.alaa mcam cerita NADA CINTA tu. beratus episod kot tapi nada cinta tu versi sedih2 but this no more sedih2. happy forever and ever.haha melampau u


RUNNINGMAN ni macam AMAZING RACE sikitlah tapi versi korea.diorang yang masuk terdiri daripada artis-artis korea. dan kadang2 akan ada artis jemputan yang akan join sekali. nnti adalah tugas yang diberi.seriously kelakar ya ampun..kalau pada yang dah tengok tapi tak kelakar,tu tak tahu eden nak kobarkn mcm mana.no sense of laugh agaknya.haha jadi sudi-sudikan lah diri menonton cerita yang super kelakar ni ye 




versi couple agaknya



see? bigbang pon pernah join




adik2,JANGAN TIRU AKSI INI DIRUMAH ye sayang 


kim hyung joong pon pernah join jadi perisik


p/s: cubalah tengok ye.hmm tak ada byond? jangan risau en youtube sedia membantu anda.haha selamat menonton kalau korang rasa tak kelakar tak apa citarasa manusia berlainan, just nak berkongsi je. sekian terima kasih :)




Friday, 14 December 2012

Collagen Dust Toujours Skin

Assalamualaikum uolls
apalah nak jadi dgn eden ni bru je buat blog tapi malas gila nak update ish3.emm barulah aku tahu kini kakak-kakak blogger di luar sana mcm ni rupanya rasa malas nak update blog..yelah dulu i kan just jadi tukang baca blog orang je.sangat best okay baca blog orang ni lagi2 blog pasal travel.memang best gilalah. Okay cukuplah dgn semua bebelan di atas itu, now kita continue tajuk asal about "Collagen Dust Toujours Skin " what? kau budak bawah umur tapi dah sibuk-sibuk pasal benda ni semua?? eh2 salah tu tanggapan uolls..menjaga KECANTIKAN adalah satu benda yang wajib untuk orang perempuan. Apa? ekau tak kisah? eleh tipu sangatlah tu baru ada jerawat sikit dah kerut2 dahi sambil dalam hati memaki hamun jerawat yang tak bersalah tu.kalaulah si jerawat tu boleh berkata2 mesti dia akan cakap "eh2 yang ekau nak marah-marah aku ni kenapa? ekau yang tak reti-reti nak jaga muka ekau ni.dahlah bnyak minyak cuci pon sebulan sekali memang akan ku singgahlah dimuka tak berapa nak sucimu ni.padan muka :P" ha tu kalau dia boleh berkata-katalah tapi nasiblah tak boleh kalau tak mesti akan dapat hinaan dari encik jerawat tu.


Opps termembebel lagi,sahlah aku akan jadi mak nenek lebih cepat dari usia sebenar.bayangkan sekarang
 dah macam ni kalau 41 tahun nanti ntah macam manalah aku. nasib kaulah anakku (in future) sbb dapat ibu yang suka membebel.hehe okay marrilah kita sambung cerita pasal Collagen ni. okay uolls mesti kenal kan blogger Hanis Zalikha yang sekarang tengah berjinak-jinak dalam industri kita ni. Apa? tak kenal? ish sedih betul. takpe2 meh sini visit blog kak hanis ni Hanis Zalikha. kak hanis seriusly cantik sangat. bila tengok dia dalam tv im just like "wow! bersihnya muka dia" ha macam gitulah betapa kagumnya i.kikiki wait2! apa kena-mengena kak hanis dgn Collagen ni? ha nilah dia pengguna setia Collagen Dust Toujours Skin. kak hanis and Aunty Nani Nani Rostam(ibu kpd Hanis Zalikha) yang supple/menjual collagen ni. i think takde orang lain kot yang jual collagen brand ni selain diorang berdua ni.



nilah rupa collagen dust yang duk disebut2 tadi

aku ni jenis yang suka beli barang yang aku tahu kesahihannya dan keberkesanannya.jadi dalam banyak-banyak collagen yang aku jumpa,aku tak tahu kenapa aku rasa collagen ni macam berkesan je. nak tahu sebab apa dia macam berkesan je? ha nilah sebabnya *taraaaaa


Kak Hanis with her mom


Aunty Nani

see? bertapa awet mudanya wajah mereka.serius cemburu gila tengok muka dua beranak ni. yang si ibu macam bukan kategori ibu dah.macam KAKAK kepada kak hanis je.tapi hakikatnya Aunty Nani memang seorang ibu dan bakal menjadi seorang nenek.hehehe okay moral of the story is aku mesti cuba satu. tapi aku nak suruh akak dgn mak cuba dulu sebab takut side effect dia.hahaha jahat sungguh mu ni elina suruh orang lain try dulu.hehe bukan apa  akukan budak bawah umur jadi takutlah body aku tak boleh terima ke apa ke.hope u guys pon trylah this product supaya memiliki wajah yang sentiasa awet muda mcm Aunty Nani tu.eh2 baru perasan tetiba pulak aku jadi promoter mempromote collagen ni tapi tak salah pon kan..:)



p/s:gambar tu main cekau je dekat en google.kepada empunya gambar maaf sbb saya culik gambar kalian tanpa permission.

makasih kalian sudi baca :)

Wednesday, 5 December 2012

My First Posts

ehem2.. Assalamualaikum uolls
memandangkan ini adalah my first post.. aku nak ceritalah nape tetiba aku buat blog ni.. padahal aku ni agak pemalu and aku jugak tergolong dalam kalangan orang yang berat mulut..mesti uolls fikir aku memboringkan?hehe sorrylah ye sejak azali dah macam ni.. nak buet lagu mano terima jelah ejang oii..tapiiiiii kalau dengan orang yang aku kenal memang konfem 7 hari 7 malam tak habis bercerita..

okay nampak gayanya kita dah tersesat jauh ni marilah kembali ke pangkal jalan ya uolls..erm,dah kembali ke pangkal jalan? bagus sekarang mehh baca apa yang aku taip ni..sebab utama blog ini tercipta kerana aku ni dah terlebih-lebih masa terluang yang aku dah tak tahu nak buat apa.. memandangkan sekarang ni tengah cuti sekolah jadi bosan tu berganda2lah jadinya..semua benda yang kawan-kawan aku suggest tu dah selamat aku buat.. tak jugak hilang boring aku ni..oleh itu aku telah mengambil keputusan (2 minit je fikir) untuk mencipta blog yang tak berapa nak menarik ni..jadi sudi2kan lah diri anda2 semua tu untuk baca blog capuk ni..



*makasih kalian.. :*