Wednesday, 19 December 2012

Tune Talk is gooddddd

Assalamualaikum

apa khabar semua? harap-harap anda semua sehat sejahtera dan hidup anda diberkati yang Maha Esa.okay harini aku nak kongsi sikit untuk korang semua pasal TUNE TALK. tadi pagi dalam pukul 11 aku dapat satu bungkusan dari poslaju. lepas dibelek2 ditilik2 aku pon dapat mengesan dari mana datangnya bungkusan ni.rupanya daripada en Tune Talk kita. dengan muka penuh excited aku bukaklah sampul tu. akhirnya dapat jugak sim card yang aku register online dekat  tune talk (mehlah cuba,tak rugi pon) TT ni best tau. nak tahu apa yang best? bacalah sampai habis. heee

ni je yang ada dalam sampul tu

apa yang Tune Talk buat sampai best sngat tu? hmm dia tak buat apa-apa pon cuma dia ada buat promotion FREE SIM PACK kepada sesiapa sahaja yang berumur 12 tahun keatas.baca lagi sekali FREE ye anak-anak. kalau sesiapa yang rasa nak beli sim baru tapi tak tahu nak beli yang mana.meh sini,i nak promote sikit pasal tune talk ni. apa yang best pasal tune talk ni kan dia punya domestic rates keseluruh network only 5sen per sms and 16sen per minute,25sen per mms and 5sen per mb.got it?? murahkan jika dibandingkan dengan network lain.diorang memang akan murah kalau kita sms sesama network tapi mahal nak mam***  jika kita sms ke network lain.perasankan? aku memang suka tukar-tukar number phone jadi memang aku selalu perasan benda ni.aku ni jenis pantang number tu cari pasal dgn aku memang confirm kena baling masuk tong sampah. hahaha nak tahu apakah 'pasal' yang simcard aku sebelum ni dah buat? ha kalau korang nak tahu si ex simcard aku tu dia asyik amik je kredit yang aku.setiap kali aku topup mesti dia amik sampai licin baki dalam phone tu. aku pon apalagi nangis macam orang baru mati lakilah jawabnya.sampai adik sedara aku pon pelik je tengok aku dia siap kata lagi 'ekeleh kakina kredit kena amik je kot'.huaaa aku pon apa lagi makin kuat aku nangis.hehehe stress gila wa cakap lu.


mari sambung balik kawan-kawan,hmmapa lagi yang special?? ha ni yang nak cerita ni. kalau korang nak tahu, jikalau (bahasa sungguh baku) korang topup tak kiralah rm3 ke rm5 berapa2 jelah korang akan dapat points tau. nak buat apa dengan point tu? tenterengggg jawapannya korang boleh exchange points korang tu menjadi tiket kapal terbang.haa hebat tak? kalau lagi banyak point yang korang kumpul lagi jauhlah korang boleh pergi. pandai ko niaga eh TT mentang2 ada kena mengena dengan airasia terus bagi offer gila best macam ni.hehe good job TT u make me proud :) eh jap2 belum habis lagi, selain daripada tukan dia pon ada bagi insuran bernilai rm100,000 jikalau (baku lagi) korang ditimpa kemalangan. haa hebat tak? hebat tak? hebat gila kan. dahlah dpt naik kapal terbang pastu dpt insuran pulak tu.huaaa sungguh menakjubkan *sobsob jadi kalau korang rasa nak sangat naik kapal terbang tapi duit tak pernah cukup.apa kata korang apply sim pack ni. tak payah susah2 nak beli tiket flight yang boleh tahan mahal tu. 


p/s: for more detail silalah visit en TT kita di sini en TT (eh macam iklan dalam tvlah)hehe  kalau korang perasan kn dari mula lagi aku asyik mempromote barang je.huahuahua dah besar nnti bolehlah aku apply kerja yang ada kena mengena dengan promotion ni.haha SELAMAT MENCUBA guys :*

Im Fall In Love with RUNNING MAN

Assalamualaikum guys

Harini aku terasa macam tahap kerajinan aku agak berlebihan sampai melimpah-limpah terkeluar dari badan.hamboi mu tak usah berhaiperbola sangatlah elina oii over bebenor tu gamaknya kikiki  emm dengan berbekalkan kerajinan aku nilah aku terbuat banyak pulak entry malam ni. jadi takdelah aku biarkan kosong je belog capuk aku ni.dan korang yang baca ni takdelah kata dalam hati "eh entry yang sama lagi.uwahh bosannya minah ni" hmm tak mo eh kata gitu. kecik besar kecik besar je hati eden ni nanti.


dah2 toksah bercot cet ye elina,meh kembalikan tumpuan anda kepada matlamat yang sebenar iaitu berkenaan dengan RUNNING MAN. ha? apakah? Lelaki Berlari? toksah melipat-lipatkan dahi anda sambil memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan running man ni.meh sini aku terangkan ye.emm yang dah tahu tu nak baca sekali pon boleh. no hallah bro :)





kalau uolls nak tahu,cerita ni akan bersiaran di channel 393 (hanya yang ada astro byond je ye)setiap hari JUMAAT pada pukul 11.50 malam kalau tak silap akulah kalau salah sorrylah ye. sebenarnyakan,dia punya episod terlalulah banyak.alaa mcam cerita NADA CINTA tu. beratus episod kot tapi nada cinta tu versi sedih2 but this no more sedih2. happy forever and ever.haha melampau u


RUNNINGMAN ni macam AMAZING RACE sikitlah tapi versi korea.diorang yang masuk terdiri daripada artis-artis korea. dan kadang2 akan ada artis jemputan yang akan join sekali. nnti adalah tugas yang diberi.seriously kelakar ya ampun..kalau pada yang dah tengok tapi tak kelakar,tu tak tahu eden nak kobarkn mcm mana.no sense of laugh agaknya.haha jadi sudi-sudikan lah diri menonton cerita yang super kelakar ni ye 




versi couple agaknya



see? bigbang pon pernah join




adik2,JANGAN TIRU AKSI INI DIRUMAH ye sayang 


kim hyung joong pon pernah join jadi perisik


p/s: cubalah tengok ye.hmm tak ada byond? jangan risau en youtube sedia membantu anda.haha selamat menonton kalau korang rasa tak kelakar tak apa citarasa manusia berlainan, just nak berkongsi je. sekian terima kasih :)