Wednesday, 19 December 2012

Tune Talk is gooddddd

Assalamualaikum

apa khabar semua? harap-harap anda semua sehat sejahtera dan hidup anda diberkati yang Maha Esa.okay harini aku nak kongsi sikit untuk korang semua pasal TUNE TALK. tadi pagi dalam pukul 11 aku dapat satu bungkusan dari poslaju. lepas dibelek2 ditilik2 aku pon dapat mengesan dari mana datangnya bungkusan ni.rupanya daripada en Tune Talk kita. dengan muka penuh excited aku bukaklah sampul tu. akhirnya dapat jugak sim card yang aku register online dekat  tune talk (mehlah cuba,tak rugi pon) TT ni best tau. nak tahu apa yang best? bacalah sampai habis. heee

ni je yang ada dalam sampul tu

apa yang Tune Talk buat sampai best sngat tu? hmm dia tak buat apa-apa pon cuma dia ada buat promotion FREE SIM PACK kepada sesiapa sahaja yang berumur 12 tahun keatas.baca lagi sekali FREE ye anak-anak. kalau sesiapa yang rasa nak beli sim baru tapi tak tahu nak beli yang mana.meh sini,i nak promote sikit pasal tune talk ni. apa yang best pasal tune talk ni kan dia punya domestic rates keseluruh network only 5sen per sms and 16sen per minute,25sen per mms and 5sen per mb.got it?? murahkan jika dibandingkan dengan network lain.diorang memang akan murah kalau kita sms sesama network tapi mahal nak mam***  jika kita sms ke network lain.perasankan? aku memang suka tukar-tukar number phone jadi memang aku selalu perasan benda ni.aku ni jenis pantang number tu cari pasal dgn aku memang confirm kena baling masuk tong sampah. hahaha nak tahu apakah 'pasal' yang simcard aku sebelum ni dah buat? ha kalau korang nak tahu si ex simcard aku tu dia asyik amik je kredit yang aku.setiap kali aku topup mesti dia amik sampai licin baki dalam phone tu. aku pon apalagi nangis macam orang baru mati lakilah jawabnya.sampai adik sedara aku pon pelik je tengok aku dia siap kata lagi 'ekeleh kakina kredit kena amik je kot'.huaaa aku pon apa lagi makin kuat aku nangis.hehehe stress gila wa cakap lu.


mari sambung balik kawan-kawan,hmmapa lagi yang special?? ha ni yang nak cerita ni. kalau korang nak tahu, jikalau (bahasa sungguh baku) korang topup tak kiralah rm3 ke rm5 berapa2 jelah korang akan dapat points tau. nak buat apa dengan point tu? tenterengggg jawapannya korang boleh exchange points korang tu menjadi tiket kapal terbang.haa hebat tak? kalau lagi banyak point yang korang kumpul lagi jauhlah korang boleh pergi. pandai ko niaga eh TT mentang2 ada kena mengena dengan airasia terus bagi offer gila best macam ni.hehe good job TT u make me proud :) eh jap2 belum habis lagi, selain daripada tukan dia pon ada bagi insuran bernilai rm100,000 jikalau (baku lagi) korang ditimpa kemalangan. haa hebat tak? hebat tak? hebat gila kan. dahlah dpt naik kapal terbang pastu dpt insuran pulak tu.huaaa sungguh menakjubkan *sobsob jadi kalau korang rasa nak sangat naik kapal terbang tapi duit tak pernah cukup.apa kata korang apply sim pack ni. tak payah susah2 nak beli tiket flight yang boleh tahan mahal tu. 


p/s: for more detail silalah visit en TT kita di sini en TT (eh macam iklan dalam tvlah)hehe  kalau korang perasan kn dari mula lagi aku asyik mempromote barang je.huahuahua dah besar nnti bolehlah aku apply kerja yang ada kena mengena dengan promotion ni.haha SELAMAT MENCUBA guys :*

No comments: