Saturday, 29 December 2012

Istimewa sebuah kitab yang dipanggil Al-Quran

Assalamualaikum semua, dah lama aku tak updated blog nikan? bukan sebab malas atau sesuatu yang berkenaan dengannya. aku sebenarnya busy dan takde masa. maklumlah cuti ikut ibu pergi sana, pergi situ pergi sini.hehe akukan budak bawah umur, ikut family jelah kerjanya.nak pergi sendiri macam angan-angan dalam mimpi jelah :)


okay uolls semua nampakkan tajuk kat atas tu. harini aku nak cerita sikit berkenaan Al-quran. masa aku dok membazirkan masa dekat depan laptop tanpa hala tuju. aku terbukaklah satu blog orang ni. aku pon dah lupa apa nama dia. dia ada buat giveaway AL-QURAN PELANGI. what? Al-Quran Pelangi? ya sayangku semua. kalau korang semua nak tahu dekat negara kita ni ada keluarkan Al-quran pelangi yang sangat memikat hati. lepas je aku tengok Al-Quran tu, aku terus jatuh tergolek2 dekat Al-quran tu. serius lawa sangat-sangat.






see? sangat-sangatlah cantik. thumbs up! sejak pertama kali aku melihatmu, aku sudah jatuh cinta terhadapmu. hehe jiwang tak? okay kalaulah korang semua nak tahu Al-Quran ni baru je tau berada di Malaysia. sebelum ni tak ada pon. cuma ada di Indonesia sahaja. Al-quran ni mengandungi warna yang berbeza setiap juzuk. sangat menawan hati. Al-quran ni mengikut Resam Uthmani. pandai sungguh orang yang mendesignnya,dengan harapan para muslimin diluar sana lebih menyayangi Al-quran daripada yang lain.



selain daripada Al-quran pelangi diatas. kita jugak mempunyai Al-Quran yang khas untuk wanita tau.tengok gambar dulu eh nanti saya (ehgunasayapulak) akan terangkan mengenai isi-isi kandungannya :)




ini Al-Quran Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita tapi tiada tajwid


bahagian dalam Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita


ini pula Al-Quran edisi baru Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita pelangi berserta Tajwid.



nampak tak bahagian dalam dia? berwarna-warnikan?


                                                                                

AL-QURAN WANITA UMMAHATUL MUKMININ

AL-QURAN WANITA UMMAHATUL MUKMININ




okay sekarang aku nak terangkan pulak isi kandungan AL-QURAN EDISI WANITA MUSHAF AL BURHAN. cover Al-Quran ni disaluti Baldu oleh sebab itu ianya sangatlah lembut. warna pon ada macam2 tau. ada warna pink,purple, turqoise dan merah. nak tahu apa ada didalamnya? meh baca 


Dimuatkan dengan 13 keunggulan :

1. 744 halaman berwarna dengan frame bunga
2. Al-Quran dan terjemah 30 Juz lengkap3. Al-Quran quantum wanita
4. 20 Sejarah wanita dalam al-Quran
5. Gelar wanita dalam Islam
6. Agenda Muslimah khatam al-quran
7. Carta mengenai ibadah rawatib wanita
8. Carta mengenai ibadah Nawafil Wanita
9. Wanita yg Haram dinikahi
10. Ensiklopedi ayat-ayat wanita
11. Tips tampil cantik sesuai sunnah
12. 40 Hadits tentang wanita
13. Fiqih ibadah wanita


Terdapat Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasan sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, Summayah, Ummu Kulthum, Siti Hajar r.a. dan ramai lagi..


Bestkan? memang dicipta khas untuk wanita tau. perlbagai cerita yang menarik disertakan didalam Al-quran ini yang memang khas untuk wanita.okay sekarang aku nak cerita pasal Al-Quran kedua pulak. MUSHAF AL-BURHAN EDISI WANITA BERSERT TAJWID.sebenarnya dalam dia sama je cuma dia tambah sikit2 sebab nikan edisi baru jadi untuk memudahkan para pembacanya si pendesign tu pon menyertakan tajwid dan yang istimewanya ianya berwarna-warni. Al-Quran ni pon ada macam-macam warna tau, ada warna pink,purple,turqoise,hijau dan meroon. dia punya cover pon baldu sama macam yang atas tadi.


 



dimuatkan dengan  15 keunggulan:


1. Al Quran dan terjemah 30 Juz lengkap
2. Perbedaan warna kertas setiap Juz
3. Al Quran quantum wanita
4. Tajwid 8 warna
5. Fiqih wanita
6. 20 Sejarah wanita dalam Al Quran

7. Gelar wanita dalam Islam
8. Agenda Muslimah khatam Al quran
9. Wanita yg Haram dinikahi
10. Table ibadah rawatib wanita
11. Table Ibadah Nawafil Wanita
12. Ensiklopedi ayat-ayat wanita
13. Tips tampil cantik sesuai sunnah
14. 40 Hadits tentang wanita
15. Fiqih ibadah wanita (Shalat, Shaum, Haji, Hamil, Waris)




okay sekarang aku nak terangkan mengenai AL-QURAN UMMAHATUL MUKMININ. Al-quran ni pon khas untuk wanita tau. meh baca keistimewaan Al-Quran ni. Al-Quran ni cover dia lain sikit,atas Baldu bawah pulak kaft+ renda.


Dengan 13 keunggulan 



1. 744 halaman berwarna berserta frame bunga
2. Al-Quran dan terjemah 30 Juz lengkap
3. Al-Quran quantum wanita
4. 20 Sejarah wanita dalam al-Quran
5. Gelar wanita dalam Islam
6. Agenda Muslimah khatam al-quran
7. Tabel ibadah rawatib wanita
8. Tabel Ibadah Nawafil Wanita
9. Wanita yg Haram dinikahi
10. Ensiklopedi ayat-ayat wanita
11. Tips tampil cantik sesuai sunnah
12. 40 Hadits tentang wanita
13. Fiqih ibadah wanita






Jadi bagi wanita2 diluar sana .sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang dirimu. Belilah Al-quran ni. selain anda2 diluar sana membaca apa yang  disampaikan didalamnya secara tidak langsung anda juga dapat menambahkan pahala yang boleh dibawa ke akhirat kelak. jadi jangan mempersiakannya ye selagi ada waktu ni.hehe




okay kalau perempuan ada Al-Quran sendiri yang menceritakan tentang diri mereka kenapa lelaki pulak tak ada kan? Sebenarnya Al-quran edisi lelaki pun ada tau. inilah rupa Al-quran edisi lelaki.


inilah Al-Quran pelangi khas untuk lelaki


Bahagian dalam Al-Quran pelangi khas edisi lelaki


okay meh nak cerita apa  yang ada dalam Al-quran ni. Memang best dan sangat afdal untuk para lelaki diluar sana membelinya supaya anda2 semua mengetahui tentang diri anda dengan lebih lagi.ianya didatangi dengan warna hijau,turqoise,purple dan biru pekat.



AL-QURAN PELANGI KHAS UNTUK LELAKI DALAM MENINGKATKAN KUALITI DIRI 
Dimuatkan dengan:

1. Al-Quran Lengkap 30 Juzuk.
2. Menggunakan Rasm Uthmani.
3. Kertas QPP, 656 Hal (Full colour)
4. Kertas yang berwarna warni seperti pelangi tetapi tidak menyulitkan proses membacanya.
5. Menggunakan tajwid sistem warna.
6. Hadits-hadits tentang meningkatkan kualiti diri/kepahlawanan.
7. Membahaskan 10 ciri pahlawan sejati/peribadi unggul.
8. Membahaskan kisah 10 contoh pribadi unggul dalam sejarah.
9. Membahaskan 10 naluri peradaban dalam al-Quran dan Sunnah.
10. Terjemahan Kementerian Agama RI
11. Design Cover yang indah dan bahan baldu yang berkualiti.



Dengan adanya Al-quran-Al-quran seperti ini, ianya lebih memudahkan kitakan? sebab Al-quran2 ni dia membahagikan mengikut jantina. rugi tau sebenarnya kalau kita tak ada. kenapa kita boleh beli baju2 mahal sedangkan Al-quran yang tidak mencecah lebih Rm150 ni pon kita tak beli. dahlah murah manfaatnya sangat2 lah berganda daripada harganya. Dan yang pasti jika kita membacanya selalu dan menjadikan ia pedoman kita insyaallah di akhirat kelak AL-QURAN sendiri yang akan membantu dan memimpin kita ke syurga ALLAH. 



No comments: